Jumaat, 17 Jun 2016

THROWBACK PALAPES UKM 2015


Morning ... morning ~~~~
I'm still missing my ROTU's life ... tu la dulu asyik menuang je kerjanya ...adoyaaiiii ...bila dah final year baru nak menikmati kehidupan sebagai Pegawi Kadet Wanita ... huhuhu ... itu pun masa sem 2 ... actually dia jadi semangat sebab lepas annual camp senior berat badan turun mendadak ... hehehehe ...  



This one masa perbarisan penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet2 Malaysia untuk Asiad Games dekat hotel sebelah IOI City Mall. Yang ni kali kedua I joined this event. Before this dkt Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Best memories sbb dapat jumpa Hakimi, pemegang rekod lompat kijang masa Sukan Sea ke-28 ... oh my handsome wey ... tapi dah kahwin dah ... hehehehe ... and also Farah Ann, atlet gimnastik ... such a beautiful lady ... comeyyy sgt2 ...



with our ROTU UKM's ladies ... 




Bermulanya ~~~ Latihan kawad pentauliahan ... huhuhuhu ... excited sangat2 ... I dont know why sepanjang latihan kawad tak pernah sekali pun tumbang ... kalau ikutkan mmg akan tumbang dgn cuaca panas terik .... but I'm still okay ... hati keriangan sepanjang masa but sometimes tu ada la bad moodnya ... huhuhu ... nampak tak pipi kita?? dah tak tembam kan ~~~ huhuhuhu ....



Done kawad tauliah & penerimaan watikah pentauliahan daripada Sultan Selangor ... Hitam tak kami?? Dah macam Dayang Senandung dah ... hehehehe



Officially Letftenan Muda Nur Syazana binti Nordin !!! huhuhuhuhu ~~~~


Mess Night paling terbaik sekali !!! Dapat jumpa dengan Bapa & Mak mentua ... siapa2?? hehehhe ... Tuanku Muhriz & Tuanku Aishah la ... hehehe ... kenangan paling terindah ... senyuman Tuanku berdua betul2 menenangkan jiwa ... they are so humble ... Menjunjung kasih Tuanku ...


With Mek Ganu kita ... huhuhuhu ... paling best dgn budak ni ... teman gaduh2 ... huhuhu ...


Okayyy .. setakat ini sahaja guys ... ikutkan banyak je lagi ... nanti I will update lagi ye ...

BUBYYYEEEE

Khamis, 16 Jun 2016

2016's

Assalamualaikum~~~ I'm back !!!!

Hello 2016 ~~~ this is my 1st post for this year ... actually dah lama berhabuk dah blog ni and the last post pun untuk assignment Fotografi ~~~ tu pun last 2 years punya post ~~~ lalalala ~~~~ I'm gonna try to active this blog starting this year ... banyak planning untuk tahun ni ... and a lil bit throwback... hehehehe ~~~ a lot of things I'm want to share in this blog ... sooo .. stay tuuunnnnneeeee ~~~



Selasa, 20 Mei 2014

Prasarana Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah Universiti ketiga ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada awal penubuhannya UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera (diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974).

UKM lahir dari hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila timbulnya keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.

Gambar 'Prasarana UKM' ini diambil berdasarkan 5 jenis keadaan iaitu Low Angle, High Angle, Long Shot, Close Up dan Medium Shot.


 Low Angle












Long Shot













High Angle












Isnin, 19 Mei 2014

White Balance

Keadaan Cahaya Boleh Hasilkan Gambar Sempurna


Setiap gambar yang kita hasilkan selalunya dipengaruhi  dengan suasana ataupun cahaya yang boleh mengubah suhu warna yang akan memberi kesan effect warna tertentu  pada gambar yang anda ambil, perlu diingatkan  keseimbangan warna putih white balance amat diperlukan bagi membiuat pembetulan pada warna agar dapat hasil gambar yang kita mahukan dan kesan yang lebih tepat dan semulajadi.

Kadang kala kita tidak perasan ada perubahan pada warna  colour temperature  sewaktu kita snap gambar pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Misalannya cahaya akan memberi kesan :
  • Cahaya memberi kesan kekuning-kuningan warm
  • Suhu tnggi waktu tengah hari memberi kesan warna kebiru-biruan 
  • Petang hampir ke malam memberie kesan kuning keemasan bercampur merah
White balance pada sesebuah kemera sangat penting bagi mengimbangkan semula ketepatan warna. Pada kemera DSLR digalakkan memilih auto white balance atau AWB.  Pada DSLR juga mudah dengan adanya setting  white balance seperti  penggunaan pemilihan set untuk kita memilih setting ketika berada di bawah cahaya tungsten, lampu denyar, cahaya kalimantan, cerah tengah hari atau cahaya mendung.
 
 
 
 
 
Kadang kala AWB tidak dapat bagi kita hasil warna yang tepat. Untuk kaedah menual yang menggunakan gray card(kad kelabu) dan white card(kad putih) digalakkan. Bergitu juga boleh menukar white balance secara manual yang berpandukan suhu warna seperti di bawah :
  1. SUHU WARNA~1000 - 2000 : SUMBER CAHAYA~cahaya lilin
  2. SUHU WARNA~2500 - 3500 : SUMBER CAHAYA~Lampu Tungsten
  3. SUHU WARNA~3000 - 4000 : SUMBER CAHAYA~Matahari Terbit / Tenggelam
  4. SUHU WARNA~5000 - 5500 : SUMBER CAHAYA~Flash
  5. SUHU WARNA~5000 - 6500 : SUMBER CAHAYA~Tengah Hari, Langit Tidak Berawan(matahari menegak)
  6. SUHU WARNA~6500 - 8000 : SUMBER CAHAYA~Cerah Sedikit Mendung
  7. SUHU WARNA~9000 - 1000 : SUMBER CAHAYA~Di Bawah Lindungan atau sangat mendung
 

Rule Of Third

Satu prinsip asas fotografi yang sering diketepikan oleh jurugambar (terutama yang baru) adalah prinsip Rule Of Thirds. Walaupun disebut sebagai “rule” atau peraturan ia bukanlah satu peraturan yang wajib diikuti namun ia memberikan satu garis panduan bagi jurugambar bagi mengambil gambar yang lebih seimbang dan menarik. Ini terutamanya apabila anda menjadi tidak pasti di mana hendak meletakkan subjek utama pada gambar anda ketika mengambil gambar.



Mengenepikan Rule Of Thirds tidak bermakna gambar yang anda ambil tidak akan menjadi menarik. Yang penting ada keseimbangan dan faktor-faktor lain turut dipenuhi.

Prinsip Asas Rule Of Third:

The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections” – Bryan F. Peterson

Mengikut Rule Of Thirds, sesuatu imej atau gambar hendaklah di bahagikan kepada tiga menegak dan menurun (vertical dan horizontal). Oleh itu garis-garis imiginasi perlu ada di fikiran jurugambar ketika mengambil sesuatu gambar itu. Garis-garis ini bila dibuat akan menghasilkan 9 bahagian pada imej yang sama besar.

Melalui garis-garis ini, imej sebaiknya diletakkan pada titik pertemuan antara garis-garis ini. Kebiasaannya, ada 4 titik pertemuan yang boleh digunakan. Rujuk grid di bawah:





Dengan menggunakan Rule of Thirds, letakkan imej atau subjek yang anda mahu ambil ke titik-titik pertemuan di atas. Dalam kata lain juga, ELAKKAN dari meletakkan subjek anda di tengah frame atau jauh dari titik-titik pertemuan itu. Kajian telah menunjukkan yang apabila melihat sesuatu imej, mata manusia akan lebih tertumpu pada salah satu titik pertemuan tersebut daripada di tengah-tengah imej. Dengan meletakkan imej mengikut Rule Of Thirds, mereka akan dapat melihat gambar dengan selesa dan seimbang. 



Ahad, 18 Mei 2014

Apa itu Shutter-Speed?




Shutter-speed adalah merujuk kepada tempoh masa shutter terbuka bagi membolehkan cahaya masuk dan mengenai sensor. Nilai shutter speed dikira dengan menggunakan sesaat (seconds) dan biasanya lebih rendah dari satu saat. Shutter pada kelajuan 2 saat akan membenarkan kemasukkan cahaya yang lebih dari shutter pada kelajuan 1/250 sesaat misalnya.

Sekarang kita akan abaikan pula aperture dan cuma melihat pada shutter-speed sahaja. Di tempat yang kurang cahaya, anda akan dapati yang anda terpaksa menggunakan shutter speed yang perlahan bagi mendapatkan cahaya yang cukup untuk exposure yang baik.
Di tempat yang cahayanya terang pula, anda boleh menggunakan pelbagai kepantasan shutter dari sederhana ke laju, namun jika perlahan atau terlalu perlahan akan membuatkan imej menjadi overexposed kerana terlalu banyak cahaya yang masuk.
Kesannya tampak lebih kurang dengan aperture bukan? Akan tetapi penyebab imej tidak mendapat exposure sepatutnya bagi aperture dan shutter speed adalah berbeza. Baca kembali artikel di atas untuk memahami semula aperture dan shutter speed.
Sebelum kita pergi ke hubungan aperture dan shutter-speed, mari kita lihat kesan kreatif yang boleh terhasil melalui shutter speed.

Freezing & Blurring Menggunakan Shutter-Speed

Jika menggunakan aperture anda boleh memanipulasi Depth Of Field bagi mendapat hasil yang kreatif, dengan shutter-speed anda boleh juga menghasilkan sesuatu yang kreatif dengan membekukan (freezing) pergerakan objek terutama yang pantas dan membuat kesan kabur (blur) pada gambar.
Aksi sukan biasanya berlaku dengan pantas dan dengan menggunakan kamera biasa anda tidak akan mendapat mengambil gambar dengan menarik dan tajam. Untuk menghentikan/beku kan pergerakkan ahli sukan, kenderaan sukan dan sebagainya, shutter-speed di set pada kelajuan yang pantas yang mana shutter terbuka sekelip mata bagi menangkap pergerakkan objek tersebut. Lihat gambar di bawah:






 

Pada kelajuan yang perlahan 1/15 sesaat, shutter terbuka lama dan mengakibatkan kelihatan seperti ada bayang-bayang pada belakang buah di atas. Akan tetapi kelajuan yang pantas iaitu 1/200 sesaat, buah itu dapat dibekukan dan gambar terhasil tajam dan terang.







Rule of Thumbs: “While hand holding a camera, you shouldn’t have a shutter speed slower than the reciprocal of the focal length of the lens“. Jika anda tidak menggunakan tripod, maka rule ini wajar anda ikuti bagi mengelakkan gambar menjadi blur atau goyang bila di ambil.  Mengikut rule ini, jika anda menggunakan lensa dengan focal length 100mm, maka anda tidak boleh memilih kelajuan shutter yang kurang dari 1/200 sesaat.
Adakalanya juga menggunakan shutter speed yang perlahan dan menjadikan gambar blur adalah suatu yang menarik dan kreatif. Lihat gambar di bawah:





Depth Of Field




Mengawal berapa banyak cahaya masuk ke dalam lubang shutter hanyalah satu aspek pada aperture. Dengan menggunakan aperture, seseorang jurugambar itu juga boleh menunjukkan kreativiti nya menerusi Depth Of Field. Apakah itu ‘Depth Of Field’ ?
 
the space in front of and behind the plane of best focus, within   which objects appear acceptably sharp” – Tom Ang [Digital Photography, An Introduction, 3rd edition]

Faham? OK, cuba bayangkan Depth of Field sebagai satu zon yang merentangi dihadapan dan dibelakang titik fokus yang objeknya masih kelihatan tajam (sharp). Lihat gambar di bawah (kredit kepada etsy.com). Mengubah nilai aperture akan mengubah Depth of Field.

Depth Field dipengaruhi oleh 1. nilai aperture dan 2. jarak jurukamera dari subjek (atau panjang lensa yang anda gunakan). Terdapat 2 jenis depth of field yang jurukamera perlu tahu iaitu:-
  1. Shallow Depth Of Field (Narrow)
  2. Deep Depth Of Field (Wide) 


Shallow Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar potrait bila jurugambar mahu memfokuskan pada ‘objek utama‘ sahaja. Oleh itu, bahagian belakang (background) perlu dikaburkan (blur).

Deep Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar landskap bagi mendapatkan detail yang lengkap pada keseluruhan gambar.
Dalam mempengaruhi Depth of Field dengan menggunakan aperture, 2 perkara ini perlu dingati:
  1. Lebih besar aperture digunakan, lebih kecil (shallow/narrow) Depth of Field.
  2. Lebih kecil aperture digunakan, lebih besar (deep/wider) Depth Of Field.






Untuk mengetahui bahagaimana jarak jurugambar dan panjang lensa boleh mempengaruhi Depth Of Field serta bagaimana melakukkan bokeh atau kabur background menggunakan lensa standard (55mm).

- - TripleClicks - -