Shutter-speed adalah
merujuk kepada tempoh masa shutter terbuka bagi membolehkan cahaya
masuk dan mengenai sensor. Nilai shutter speed dikira dengan
menggunakan sesaat (seconds) dan biasanya lebih
rendah dari satu saat. Shutter pada kelajuan 2 saat akan membenarkan
kemasukkan cahaya yang lebih dari shutter pada kelajuan 1/250 sesaat
misalnya.
Sekarang kita akan abaikan
pula aperture dan cuma melihat pada shutter-speed
sahaja. Di tempat yang kurang cahaya, anda akan dapati yang anda terpaksa
menggunakan shutter speed yang perlahan bagi mendapatkan cahaya yang
cukup untuk exposure yang baik.
Di tempat yang cahayanya terang
pula, anda boleh menggunakan pelbagai kepantasan shutter dari
sederhana ke laju, namun jika perlahan atau terlalu perlahan akan membuatkan
imej menjadi overexposed kerana terlalu banyak cahaya yang masuk.
Kesannya tampak lebih kurang
dengan aperture bukan? Akan tetapi penyebab imej tidak mendapat exposure
sepatutnya bagi aperture dan shutter speed adalah berbeza. Baca kembali artikel
di atas untuk memahami semula aperture dan shutter speed.
Sebelum kita pergi ke hubungan
aperture dan shutter-speed, mari kita lihat kesan kreatif yang boleh
terhasil melalui shutter speed.
Freezing & Blurring Menggunakan Shutter-Speed
Jika menggunakan aperture
anda boleh memanipulasi Depth Of Field bagi mendapat hasil yang
kreatif, dengan shutter-speed anda boleh juga menghasilkan sesuatu
yang kreatif dengan membekukan (freezing) pergerakan objek terutama
yang pantas dan membuat kesan kabur (blur) pada gambar.
Aksi sukan biasanya berlaku
dengan pantas dan dengan menggunakan kamera biasa anda tidak akan mendapat
mengambil gambar dengan menarik dan tajam. Untuk menghentikan/beku kan
pergerakkan ahli sukan, kenderaan sukan dan sebagainya, shutter-speed
di set pada kelajuan yang pantas yang mana shutter terbuka sekelip
mata bagi menangkap pergerakkan objek tersebut. Lihat gambar di bawah:
Pada kelajuan yang
perlahan 1/15 sesaat, shutter terbuka lama dan
mengakibatkan kelihatan seperti ada bayang-bayang pada belakang buah di atas.
Akan tetapi kelajuan yang pantas iaitu 1/200 sesaat, buah itu
dapat dibekukan dan gambar terhasil tajam dan terang.
Rule
of Thumbs: “While hand holding a camera, you shouldn’t have a
shutter speed slower than the reciprocal of the focal length of the lens“.
Jika anda tidak menggunakan tripod, maka rule ini wajar anda ikuti bagi
mengelakkan gambar menjadi blur atau goyang bila di ambil.
Mengikut rule ini, jika anda menggunakan lensa dengan focal length
100mm, maka anda tidak boleh memilih kelajuan shutter yang kurang dari 1/200
sesaat.
Adakalanya juga menggunakan shutter speed yang perlahan dan
menjadikan gambar blur adalah suatu yang menarik dan kreatif. Lihat
gambar di bawah:
nice sharing ! keep it up kak zana :)
BalasPadam