Sabtu, 17 Mei 2014

Exposure



Apabila menilai sesuatu gambar, antara perkara yang akan dilihat atau diberi perhatian adalah kawalan cahaya pada gambar itu. Biasanya kita merujuk kepada istilah “exposure” iaitu samada gambar itu diberikan ‘exposure’ yang betul atau tidak. Namun, harus juga diingat untuk mendapat ‘exposure’ yang tepat atau sempurna agak mustahil kerana kualiti ‘exposure’ itu adalah sesuatu yang agak subjektif. Yang penting bagi seorang jurugambar adalah untuk mendapatkan sebaik mungkin ‘exposure’ bagi gambar mereka. Terlebih ‘exposure’ (overexposed) atau terkurang (underexposed) akan menyebabkan gambar menjadi kurang menyerlah.

Walaupun terdapat pelbagai alat (tools) pada perisaian (software) hari ini bagi memenapulasikan gambar yang terlebih atau terkurang ‘exposure’, namun ia tidak akan sama kualitinya dengan gambar yang diambil pada ‘exposure’ yang terbaik. Antara sebab-sebab sesuatu gambar menjadi overexposed atau underexposed termasuklah:-
  • Penggunaan ‘flash’ pada aperture yang kecil
  • ISO yang tinggi pada persekitaran yang terang
  • Memilih shutter-speed yang amat perlahan pada aperture yang besar
  • Dan sebagainya
Secara amnya bagi mendapatkan ‘exposure‘ yang terbaik, jurugambar perlu memilih kombinasi aperture dan shutter-speed yang betul serta menggunakan ISO yang sesuai. Jurugambar yang mahir tidak akan bergantung kepada kamera sahaja untuk memilih kombinasi yang sesuai, sebaliknya membuat perubahan berasaskan pengetahuannya dalam bidang fotografi. Oleh itu, bagi mendapatkan kualiti gambar yang baik pada ‘exposure’ yang terbaik, seharusnya kita memahami terlebih dahulu ‘Apa itu Aperture?’ dan ‘Apa itu Shutter-Speed?’. Serta ISO tentunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

- - TripleClicks - -