Mengawal berapa banyak cahaya masuk ke dalam lubang shutter hanyalah
satu aspek pada aperture. Dengan menggunakan aperture, seseorang jurugambar itu
juga boleh menunjukkan kreativiti nya menerusi Depth Of Field. Apakah
itu ‘Depth Of Field’ ?
“the space in front of and
behind the plane of best focus, within which objects appear acceptably sharp” – Tom
Ang [Digital
Photography,
An Introduction, 3rd edition]
Faham? OK, cuba
bayangkan Depth of Field sebagai satu zon yang merentangi dihadapan
dan dibelakang titik fokus yang objeknya masih kelihatan tajam (sharp).
Lihat gambar di bawah (kredit kepada etsy.com).
Mengubah nilai aperture akan mengubah Depth of Field.
Depth Field dipengaruhi
oleh 1. nilai aperture dan 2. jarak jurukamera dari subjek (atau
panjang lensa yang anda gunakan). Terdapat 2 jenis depth of field yang
jurukamera perlu tahu iaitu:-
- Shallow Depth Of Field (Narrow)
- Deep Depth Of Field (Wide)
Shallow Depth Of Field biasanya
digunakan dalam gambar-gambar potrait bila jurugambar mahu memfokuskan
pada ‘objek utama‘ sahaja. Oleh itu, bahagian belakang (background)
perlu dikaburkan (blur).
Deep Depth Of Field biasanya
digunakan dalam gambar-gambar landskap bagi mendapatkan detail yang lengkap
pada keseluruhan gambar.
Dalam mempengaruhi Depth of Field dengan menggunakan aperture, 2
perkara ini perlu dingati:
- Lebih besar aperture digunakan, lebih kecil (shallow/narrow) Depth of Field.
- Lebih kecil aperture digunakan, lebih besar (deep/wider) Depth Of Field.
Untuk mengetahui
bahagaimana jarak jurugambar dan panjang lensa boleh mempengaruhi Depth Of
Field serta bagaimana melakukkan bokeh atau kabur background
menggunakan lensa standard (55mm).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan