Satu prinsip asas fotografi yang sering diketepikan oleh jurugambar (terutama yang baru) adalah prinsip Rule Of Thirds. Walaupun disebut sebagai “rule”
atau peraturan ia bukanlah satu peraturan yang wajib diikuti namun ia
memberikan satu garis panduan bagi jurugambar bagi mengambil gambar yang
lebih seimbang dan menarik. Ini terutamanya apabila anda menjadi tidak
pasti di mana hendak meletakkan subjek utama pada gambar anda ketika
mengambil gambar.
Mengenepikan Rule Of Thirds tidak bermakna gambar yang anda ambil tidak akan menjadi menarik. Yang penting ada keseimbangan dan faktor-faktor lain turut dipenuhi.
Prinsip Asas Rule Of Third:
“The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections” – Bryan F. Peterson
Mengikut Rule Of Thirds, sesuatu imej atau gambar hendaklah di bahagikan kepada tiga menegak dan menurun (vertical dan horizontal).
Oleh itu garis-garis imiginasi perlu ada di fikiran jurugambar ketika
mengambil sesuatu gambar itu. Garis-garis ini bila dibuat akan
menghasilkan 9 bahagian pada imej yang sama besar.
Melalui garis-garis ini, imej sebaiknya diletakkan pada titik pertemuan antara garis-garis ini. Kebiasaannya, ada 4 titik pertemuan yang boleh digunakan. Rujuk grid di bawah:
Dengan menggunakan Rule of Thirds, letakkan imej atau subjek
yang anda mahu ambil ke titik-titik pertemuan di atas. Dalam kata lain
juga, ELAKKAN dari meletakkan subjek anda di tengah frame atau jauh dari
titik-titik pertemuan itu. Kajian telah menunjukkan yang apabila
melihat sesuatu imej, mata manusia akan lebih tertumpu pada salah satu titik pertemuan tersebut daripada di tengah-tengah imej. Dengan meletakkan imej mengikut Rule Of Thirds, mereka akan dapat melihat gambar dengan selesa dan seimbang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan