Sabtu, 17 Mei 2014

Apa itu Aperture?




 Aperture adalah bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila anda mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang mahu dirakam. Memilih aperture yang mahu digunakan akan mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi. Semakin besar lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera.

 
Berapa banyak cahaya yang masuk ke dalam lubang shutter akan mempengaruhi samada gambar yang diambil akan mendapat ‘exposure’ yang betul atau tidak (dengan mengabaikan faktor shutter speed dan ISO terlebih dulu). Terlalu banyak cahaya yang masuk boleh mengakibatkan gambar menjadi ‘overexposed’, manakala terlalu kurang boleh menyebabkan ia menjadi ‘underexposed’ pula.
Ukuran aperture dilabelkan dengan simbol f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Ukuran ini adakala mengelirukan kerana semakin besar nombor f, lubang shutter adalah semakin kecil.Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah semakin besar.





Dengan mengabaikan faktor shutter-speed dan ISO, kita tahu cahaya akan masuk lebih pada ‘aperture’ yang besar (f/2.8 dan f/4 misalnya). Oleh itu dalam keadaan yang kurang cahaya, disebelah malam dan kurang lampu, anda tiada pilihan selain dari menggunakan aperture yang besar. Dalam keadaan yang terang, anda akan mempunyai pilihan yang lebih ‘flexible‘ iaitu anda boleh menggunakan aperture yang besar dan kecil mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.
Untuk melihat bagaimana aperture berfungsi seperti di atas, anda boleh mencuba di kamera digital SLR anda dengan memilih “Aperture priority mode” iaitu butang A atau Av. Menggunakan mode ini anda sebenarnya berada dalam mode semi-auto (separa automatik) iaitu anda mengawal apa ‘aperture’ yang mahu dipilih dan kemera akan mengawal ‘shutter-speed‘ dan memilih ‘shutter-speed‘ yang bersesuaian dengan aperture yang anda pilih. Di bawah mode ini, anda boleh mengubah setting ISO anda mengikut berapa banyak cahaya di persekitaran anda.






Sebelum kita melihat hubungan antara aperture dengan shutter-speeddan ISO, kita lihat juga satu lagi bahagian yang menarik mengenai aperture iaitu ‘Depth Of Field’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

- - TripleClicks - -